
VI


PENGLIBATAN DI DALAM OPERASI DAN LATIHAN
1. Kejayaan Operasi. Antara penglibatan pasukan di dalam operasi dan kejayaaan adalah seperti berikut:
a. Darurat Pertama. Batalion ini pertama kali melaksanakan tugas operasi pada Feb 1953. Batalion ini telah terlibat dalam tugas-tugas operasi hampir di seluruh pelusuk negeri Pahang. Hasil dari operasi dari tahun 1953 hingga tahun 1960, pasukan ini telah berjaya membunuh seramai 55 orang pengganas komunis serta menawan seramai 10 orang penganas komunis. Di antara operasi-operasi tersebut adalah:
(1) Operasi Hawks 3
(a) Kawasan. Kuala Lipis, Pahang
(b) Tarikh. Feb 1953
(c) Kekuatan (termasuk tumpangan). Batalion
(d) Nama Ketua dan Penempatan. Lt Kol FF Laugher OBE MC
(e) Kejayaan yang dicapai. Pada 26 Feb 53, Komp A telah berjaya membunuh seorang pengganas komunis berbangsa Melayu di kawasan Kuala Lipis (VP 923963).
(2) Operasi Hawks 3
(a) Kawasan. Raub/ Kuala Lipis, Pahang
(b) Tarikh. Ogos 1953
(c) Kekuatan (termasuk tumpangan). Batalion
(d) Nama Ketua dan Penempatan. Lt Kol FF Laugher OBE MC
(e) Kejayaan yang dicapai. Pada 10 Ogos 53, batalion perama kalinya telah berjaya menawan seorang PGK DCM Chin Long di kawasan operasi Raub/Kuala Lipis. Dalam bulan yang sama seorang lagi PGK Kek Wong @ Lim Meng Sek telah menyerah diri kepada Pegawai Memerintah Lt Col F F Laugher.
(3) Operasi Bentong
(a) Kawasan. Bentong, Pahang.
(b) Tarikh. Mei - Jun 1956.
(c) Kekuatan (termasuk tumpangan). Batalion.
(d) Nama Ketua Penempatan. Lt Kol MJ Darlington OBE.
(e) Kejayaan yang dicaapai. Pada Jun 56 (Selasa), Pl 9 Komp C diketuai oleh Mej Ariffin bin Ismail telah berjaya membunuh seorang PGK yang paling ditakuti Wong Chee Piew 'The Terror of Triang' dan seorang PGK waanita Lam Mei Ying.
(4) Operasi LATIMER
(a) Kawasan. Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
(b) Tarikh. Okt - Dis 1956.
(c) Kekuatan (termasuk tumpangan). Batalion.
(d) Nama Ketua Penempatan. Lt Kol MJ Darlington OBE.
(e) Kejayaan yang dicapai. Pada 11 Okt 56 (Khamis), Pl 7 Komp C telah berjaya membunuh Setiausaha PKM Negeri Sembilan, Ah Ho 'The Terror of Bahau' dalam Operasi LATIMER di kawasan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
(5) Operasi Rawang.
(a) Kawasan. Ampang, Selangor.
(b) Tarikh. Mei 1957.
(c ) Kekuatan (termasuk tumpangan). Kompeni.
(d) Nama Ketua Penempatan. Kapt Abdul Wahab.
(e) Kejayaan yang dicapai. Pada 21 Mei 57 (Selasa), Komp A diketuai oleh Kapt Abdul Wahab telah berjaya membunuh PGK nombor satu di Selangor SCS Ah Futt dan menawan beberapa orang PGK termasuk senjata dan peluru hasil dari serbuan keatas kem musuh di kawasan Ampang, Selangor.
(6) Operasi Tanjung Karang
(a) Kawasan. Tanjung Karang, Selangor.
(b) Tarikh. Jul - Sept 1957.
(c) Kekuatan (termasuk tumpangan). Batalion.
(d) Nama Ketua Penempatan. Lt Kol MJ Darlington OBE.
(e) Kejayaan yang dicapai. Pada 7 Jul 57 (Ahad), Pl 11 Komp D diketuai oleh Lt Abdul Rahman bin Khamis (12208) telah berjaya membunuh seorang PGK Yip Chin Hee (Branch Committee Secretary) dan menawan seorang PGK wanita di kawasan sawah padi di Tanjong Karang, Selangor. Pada Sept 57, Lt Abdul Rahman bin Khamis bersama 4 orang anggotanya sekali lagi telah bertempur dengan 12 orang PGK pada jam 1530 di kawasan Batu Arang, Selangor dan berjaya membunuh seorang PGK Yuen Kong.
-
Misi PBB.
(1) Batalion ini adalah batalion kedua yang telah terpilih untuk berkhidmat dengan misi PBB di Congo pada tahun 1961 bagi menggantikan 4 RAMD. Kontijen ini terdiri daripada 6 RAMD, Skn B Rej Pertama Peninjau, Det Semboyan dan satu kumpulan kecil Elm Tadbir. Keseluruhan kontijen ini diketuai oleh Lt Kol SMA Alsagoff Pegawai Memerintah 6 RAMD. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu YTM Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj telah berucap kepada semua anggota kontijen di Pelabuhan Kelang sebelum bergerak dengan kapal USNS Blatcheford pada 6 Jul 1961. Kontijen ini telah selamat sampai di Mombasa, Kenya dan telah diterbangkan ke Bukavu bagi mengambilalih tugas.
(2) Kontijen ini telah selesai mengambilalih tugas sepenuhnya dari 4 RAMD pada 25 Jul 1961. Aturgerak kontijen 6 RAMD adalah seperti berikut:
(a) MK Taktikal - Bukavu.
(b) Komp A - Albertvile.
(c ) Komp B dan 2 Det Peninjau - Kindu.
(d) Komp C dan 2 Det Peninjau - Goma.
(e) Komp D - Nyusu.
(3) Sepanjang perkhidmatan di Congo batalion ini telah berhubung rapat dengan tentera negara-negara asing seperti Ethopia dan India. Perkhidmatan cemerlang batalion ini telah mendapat penghargaan daripada Presiden Kasavubu iaitu Presiden Congo dan juga Pemerintah Tertinggi Tentera PBB iaitu Gen Jean Mc Keon. Pada bulan Mac 1962 batalion ini telah kembali ke Malaysia dan digantikan oleh 7 RAMD.
KONFRONTASI
(1) Semasa konfrantasi Malaysia-Indonesia, pasukan ini telah diatur gerak di kawasan Labis dan Pontian, Johor untuk membendung infiltrasi Tentera Nasional Indonesia. Antara kejayaan yang dicapai oleh pasukan adalah:
(a) Membunuh 11 orang tentera Indonesia ( 4 orang dibunuh di Kg Pradin, Pontian, Johor ).
(b) Menawan 9 orang tentera Indonesia di Labis, Johor.
(2) Darurat Kedua. Pasukan terus diatur gerak dalam penugasan menentang pengganas komunis apabila Darurat Kedua diistiharkan. Pasukan telah diatur gerak hampir di semua kawasan operasi di Semenanjung Malaysia sepanjang tempoh Darurat Kedua ini. Pasukan juga telah diatur gerak ke kawasan operasi di Sabah dan juga di Bahagian Keempat dan Kelima Sarawak. Batalion juga ditugaskan di Sembawang, Singapura ( Khatib Camp) dari Apr 66 sehingga Dis 66. Antara operasi-operasi yang melibatkan pasukan ini yang telah mencatat peristiwa penting kepada sejarah pasukan adalah:
(1) Operasi SETIA II
(a) Kawasan. Sungai Siput, Perak.
(b) Tarikh. Feb 73 - Jun 73.
(c) Kekuatan (termasuk tumpangan). Batalion.
(e) Nama Ketua Penempatan. Lt Kol Mohamad Kalam Azad bin Mohamad Taib.
(f) Kejayaan yang dicapai. Pada Jun 1973, pasukan di bawah pemerintahan Lt Kol Mohamad Kalam Azad bin Mohamad Taib telah berjaya membunuh 2 orang pengganas di kawasan Sungai Siput, Perak.
(2) Operasi SETIA 3/80
(a) Kawasan. Cameron Highland.
(b) Tarikh. Jan 80 - Mac 80.
(c) Kekuatan (termasuk tumpangan). Batalion.
(d) Nama Ketua Penempatan. Lt Kol Abdul Aziz bin Mansor.
(e) Kejayaan yang dicapai. Pada 21 Jan 80, pasukan di bawah pemerintahan Lt Kol Abd Aziz bin Mansor telah berjaya membunuh seorang pengganas di kawasan Ringlet, Cameron Highland, Pahang.
(3) Operasi KOTA ECHO
(a) Kawasan. Keroh, Perak
(b) Tarikh. Okt 81 - Jan 82
(c) Kekuatan (termasuk tumpangan). Batalion
(d) Nama Ketua Penempatan. Lt Kol Mohd Ariffin bin Nuruddin.
(e) Kejayaan yang dicapai. Pasukan dibawah pemerintahan Lt Kol Mohd Ariffin bin Nuruddin telah berjaya mematahkan serangan pengganas komunis di Bukit Berapit, Keroh. Dipercayai kejadian ini telah berjaya membunuh 16 pengganas dimana mayat mereka telah ditemui di kawasan Thailand.
(4) Operasi KOTA ECHO/FOXTROT
(a) Kawasan. Gerik, Perak
(b) Tarikh. Dis 83 - Jan 84
(c) Kekuatan (termasuk tumpangan). Batalion
(d) Nama Ketua Penempatan. Lt Kol Osman bin Mat Isa
(e) Kejayaan yang dicapai. Pada 11 Jan 84 pasukan telah berjaya membunuh dua orang PGK di kawasan Hutan Simpan Belum, Gerik, Perak.