top of page

PANJI-PANJI PASUKAN

PENGANUGERAHAN PANJI-PANJI

 

1.         Hasil daripada khidmat bakti dan pengorbanan oleh pegawai-pegawai dan anggota-anggota batalion ini, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya iaitu Sir Donald MacGillivray telah menyempurnakan penganugerahan panji-panji pertama kepada batalion ini pada 27 Okt 1955 (Khamis).  Penganugerahan ini telah diadakan di Kem Batu 5, Mentakab dan pegawai penerima panji-panji ialah Lt M Adam bin Abu Bakar (Bersara Brig Jen) dan pengiring panji-panji adalah Sjn Ariffin dan Sjn Ismail.

 

2.         Setelah 24 tahun,  panji-panji tersebut dianugerahkan, sekali lagi pada 3 Nov 1979 sempena dengan Hari Ulangtahun pasukan ke 25 Jublee Perak, DYMM Paduka Seri Sultan Idris Al Mutawakil Allahi Shah Sultan Perak telah berkenan menganugerahkan panji-panji baru kepada batalion ini bagi menggantikan panji-panji pertama.  Penganugerahan ini telah diadakan dan disempurnakan di Stadium Perak, Ipoh dan pegawai penerima panji-panji ialah Lt M Abu Bakar bin Mohd Noh (Bersara Kapt).

 

3.       Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan meyempurnakan istiadat pertukaran panji-panji baru pada 15 Ogos 2008 di Stadium Darulaman Kedah. Pegawai penerima panji-panji pada ketika itu ialah Lt Aliff Akmal bin Ab Rashid.

 

 

BATALION KEENAM REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA

bottom of page