
VI


KEJAYAAN 6 RAMD
PEGAWAI DAN ANGGOTA YANG MENUNJUKKAN KECEMERLANGAN/ KEBERANIAN DALAM PERTEMPURAN/AMAN
11. Pegawai dan anggota pasukan yang telah menunjukkan kecemerlangan dan keberanian semasa pertempuran adalah seperti berikut:
a. Lt Abd Manan bin Abas MC dan Kpl Abd Rahman bin Ismail MM pada bulan Sep 53, platun yang diketuai oleh beliau telah berjaya membunuh 2 orang PGK semasa Operasi HAWK di Raub, Pahang.
b. Pbt Ahmad bin Udin KPK dan Pbt Manan bin Hassan KPK pada 27 Dis 56 (Rabu) jam 1300, kedua-dua anggota telah berjaya mengagalkan cubaan segerombolan 30 orang PGK untuk merampas kenderaan dan senjata dari mangsa-mangsa yang telah diserang hendap di Batu 93 ¾, Jalan Bentong-Mancis. Kejadian tersebut juga telah mengorbankan 8 anggota batalion ini.
c. Lt Abd Rahman bin Khamis (12208) PGB pada 7 Jul 57, Pl 11 yang diketuai oleh beliau telah berjaya membunuh dan menawan seorang PGK semasa operasi di daerah Tanjong Karang, Selangor.
d. Lt Kamaruddin bin Mohd Jamal (12210) PGB pada Jun 65, seksyen yang diketuai oleh beliau telah berjaya membunuh 4 orang penyusup tentera Indonesia di Kg Pradin, Pontian, Johor semasa konfrantasi.
e. Lt Badarudin bin Mohd Yasin (12211) KPK pada Jun 65, platun yang diketuai oleh beliau berjaya menawan 9 orang penyusup tentera Indonesia di Labis, Johor semasa konfrantasi.
f. Lt M Abas bin Mohd Yunus (12258) KPK dan 3307 PW 11 Manaf bin Sidek pada Ogos 64 telah berjaya membunuh 4 orang tentera Indonesia dan menawan 4 orang lagi yang menyusup masuk di kawasan 20 batu dari Pontian semasa konfrantasi.
g. Kapt Sani bin Hassan (410094) KPK, Lt M Abd Wahid bin Said (410775) KPK dan Kpl Mohammad bin Muda KPK pada Jun73, telah berjaya membunuh 2 orang PGK semasa Op SETIA di Sungai Siput, Perak ketika membuat serangan ke atas khemah musuh.
h. Kpl Wan Zain bin Wan Yahya HTS pada Jun 80, seksyen yang diketuai oleh beliau telah berjaya membunuh seorang PGK semasa Op SETIA Ringlet di Cameron Highland.
i. Sjn Zainuddin bin Ngah KPK pada Jan 84, platun yang diketuai oleh beliau telah berjaya membunuh 2 PGK semasa Op KOTA FOXTROT, di Belum, Grik, Perak.
SUKAN DAN PERTANDINGAN
14. Dalam bidang sukan, batalion ini juga telah berjaya melahirkan beberapa anggota bagi mewakili Tentera Darat, ATM dan Negara. Mereka yang terlibat telah berjaya memperolihi pingat bagi negara dalam acara yang disertai. Di antara kejayaan batalion ini dalam bidang sukan dan pertandingan adalah:
a. Bolasepak. Tim bolasepak pasukan telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan berikut:
(1) Piala Sultan Abu Bakar – 1965, 1967 dan 1968.
(2) Piala Sultan Abdul Halim – 1985, 1986 dan 1991.
b. Menembak.
(1) PW 1 Yatim bin Yusof dan Kpl Yusof bin Awang Kecik memenangi pingat emas dalam pertandingan menembak Asia ke 3 di Sungai Besi pada 1975.
(2) 1026892 Kpl Azmi bin Akob mewakili negara dalam acara pistol di kejohanan menembak Antarabangsa di Brunei pada 6 Apr hingga 10 Apr 1987.
(3) 1057175 Pbt Shahrudin bin Othman mewakili negara di kejohanan menembak Antarabangsa di Australia pada Apr 1988.
c. Tinju.
(1) 1011417 Lkpl Norizan bin Abd Ghani mewakili negara di Sukan SEA di Jakarta pada tahun 1982.
(2) 1057011 Lkpl Nekmat bin Jantan memenangi pingat perak bagi negara semasa sukan SEA di Jakarta pada tahun 1989.
d. Ping Pong.
(1) 212597 Kpl Zulkifli bin Omar mewakili ATM di pertandingan peringkat kebangsaan pada tahun 1986.
(2) 1012157 Lkpl Mohd Pisol bin Saad dan 1012445 Kpl Ku Muzafar bin Ku Malim mewakili TD di pertandingan antara Kor.
e. Bola Tampar. 454833 Kpl Abas mewakili ATM di pertandingan peringkat kebangsaan.
f. Silat Olahraga. 1103347 Kpl Ismail bin Darus mewakili negara dalam silat olahraga dan mendapat pingat emas di dalam Sukan Komanwel 2001.
g. Pancaragam. Pasukan telah dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan Ujian Kemahiran Brass Band dan Serunai peringkat Tentera darat yang diadakan Sg Besi pada 18 Mac 2002
h. UKMHK TD. Pasukan juga telah menjadi naib johan dalam pertandingan UKMHK peringkat Tentera Darat bagi tahun 2007.
15. Di bidang pertandingan lain, batalion juga telah berjaya meraih kejayaan di peringkat negeri dan formasi, antaranya naib johan kugiran TD tahun 1986, naib johan Bola Tampar Kor RAMD tahun 1997 dan naib johan Ragbi peringkat negeri Kedah tahun 1997.